Karangan 3 - Tanggungjawab Saya dalam Memupuk Budaya Penyayang di Sekolah
Dalam menuju era globalisasi dan kemajuan teknologi, kita masih dikejutkan dengan isu-isu semasa yang berkait dengan golongan remaja seperti vandalisme, buli, penyalahgunaan dadah dan kes rokok di sekolah. Malah, kes pertelingkahan murid dengan gurunya pun tidak lagi asing untuk didengari kini. Kemelut-kemelut ini sememangnya menjadi tanda-tanda kebejatan akhlak dan lusuhnya budaya penyayang dalam diri remaja dan murid-murid di sekolah secara umumnya. Jika konflik ini dibiarkan tidak bernokhtah, maka tidak hairanlah sekiranya Malaysia bukan lagi dikenali kerana sifat positif rakyatnya tetapi masalah-masalah sosial dan kes-kes jenayah yang dilakukan oleh generasi muda kini yang secara tidak langsung bakal menconteng arang pada imej negara kita. Oleh itu, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya penyayang ini di sekolah agar dapat menangani masalah dan isu sosial pada masa akan datang. Dalam usaha untuk menyemai budaya penyayang di s...